Gratisan Musik

Friday, January 28, 2011

Malaria

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia, iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan oleh nyamukbetina genus Anopheles (nyamuk tiruk), terutamanya Anopheles sundaicus di Asia dan An. gambiae di Afrika. Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara tropika atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara Arika, Asia Tenggara dan SelatanMexico,HaitiAmerika Tengah dan SelatanPapua New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari AmerikaAsia, dan Afrika. Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-Sahara Afrika. Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.
Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masaalah kesihatan umum yang besar. Penyakit ini disebabkan oleh parasit protozoa dari genusPlasmodium. Bentuk penyakit ini yang paling serious disebabkan olehPlasmodium falciparum dan Plasmodium vivax, tetapi spesies berkait yang lain seperti (Plasmodium ovalePlasmodium malariae, dan kadang-kalaPlasmodium knowlesi) turut mampu menjangkiti manusia. Kumpulan pathogenic manusia spesies Plasmodium ini dirujuk sebagai parasit malaria.
Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak dalam sel darah merah, menyebabkan simptom termasuk anemia (kepala rasa ringan, semput nafas, (tachycardia) dll.), termasuk juga simptom umum lain sepertidemamsejukmualpenyakit seperti selsema, dan dalam kes teruk, koma dan kematian. Penyebaran Malaria boleh dikurangkan dengan menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk dan penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan nyamuk seperti menyembur racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung di mana nyamuk bertelur.
Tiada vaksin kini berkesan bagi malaria; ubat penghalang mesti diambil secara berterusan bagi menghalang risiko jangkitan. Rawatan ubat prophylaktik sering kali terlalu mahal bagi mereka yang dinggal dikawasan endemik. Kebanyakan orang dewasa dalam kawasan endemik mempunyai jangkitan ulangan jangka panjang dan juga separuh kebal; kekebalan berkurangan menurut tempoh dan dewasa sebegitu mungkin terdedah kepada malaria teruk sekiranya mereka tinggal lama dikawasan bukan endemik. Mereka disaran mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya sekiranya mereka kembali kekawasan endemik. Jangkitan Malaria dirawat melalui penggunaan ubat anti malaria, seperti quinineatau hasilan artemisinin, sungguhpun malaria kebal ubat semakin menjadi kebiasaan.
Malaria
Plasmodium.jpg
Plasmodium falciparum ring-forms and gametocytes in human blood.
ICD-10B50.
ICD-9084
OMIM248310
Pangkalan data penyakit7728
MedlinePlus000621
eMedicinemed/1385 emerg/305 ped/1357
MeSHC03.752.250.552

1. Sejarah

Malaria telah menjangkiti manusia selama lebih 50,000 tahun, dan ia mungkin merupakan pathogen manusia selama kewujudan spesies manusia.[1] Malah, saudara dekat bagi parasit malaria manusia masih kekal pada chimpanze, spesies paling dekat.[2] Rujukan bagi demam berkala yang teruk terdapat sepanjang rekod sejarah, bermula pada 2,700 SM di China.[3] Istilah malaria berasal semenjak Medieval bahasa Italimala aria — "udara busuk"; dan penyakit ini sebelumnya dikenali sebagai ague atau demam paya disebabkan kaitannya dengan paya.
Kajian saintifik berkenaan malaria mencapai kemajuan pertama pada 1880, apabila seorang doktor Perancis yang berkhidmat di Algeria bernama Charles Louis Alphonse Laveran memerhati parasit dalam sel darah merah pesakit malaria. Dia dengan itu mencadangkan bahawa malaria disebabkan oleh protozoaini, pertama kali protozoa dikenal pasti sebagai punca penyakit.[4] Untuk jumpan ini, dan jumpaan selanjutnya, dia dianugerahkan Hadian Novel 1907 bagi Physiologi atai perubatan. Protozoa ini dinamakan Plasmodium oleh pakar sains Itali Ettore Marchiafava dan Angelo Celli.[5] Setahun kemudian, Carlos Finlay, doktor Cuba yang merawat pesakit dengan demam kuning di Havana, yang pertama mencadangkan bahawa nyamuk menyebarkan penyakit ini dikalangan manusia. Bagaimanapun Sir Ronald Ross, seorang rakyat British yang berkhidmat di India yang akhirnya membuktikan pada 1898 bahawa malaria disebarkan oleh nyamuk. Dia melakukan ini dengan membuktikan bahawa sesetengah spesies nyamuk menyebarkan malaria kepada burung dan mengasingkan parasit malaria daripada kelenjar liur nyamuk yang menghisap darah burung yang berpenyakit.[6]Bagi hasil kerja ini, Ross menerima Hadian Nobel 1902 dalam Perubatan. Selepas berhenti dari Perkhidmatan Perubatan India, Ross bekerja dengan Sekolah Perubatan Tropika Liverpool yang baru ditubuhkan dan menyelia usaha mengawal malaria di MesirPanamaGreece dan Mauritius.[7] Jumpaan Finlay dan Ross kemudiannya disahkan oleh badan perubatan yang diketuai oleh Walter Reed pada 1900, dan cadangan perlaksanaannya oleh William C. Gorgas dalam Langkah kesihatan yang dilakukan semasa pembinaan Terusaan Panama. Kerja kesihatan umum ini menyelamatkan nyawa beribu pekerja dan membantu membangunkan kaedah yang digunakan bagi kempen kesihatan umum masa hadapan terhadap penyakit ini.
Rawatan berkesan pertama bagi malaria merupakan kulit kayu pokok cinchona, yang mengandungi kuini (quinine). Pokok ini tumbuh di lereng pergununganAndes, terutamanya di Peru. Hasil semulajadi ini digunakan oleh penduduk tempatan Peru bagi mengawal malaria, dan (Jesuit) memperkenalkan amalan ini ke Eropah semasa 1640-an di mana ia diterima dengan pantas.[8] Bagaimanapun, hanya pada 1820 bahan aktif kuini (quinine) dihasilkan dari kulit kayu, diasingkan dan di beri nama oleh ahli sains Perancis Pierre Joseph Pelletier dan Jean Bienaime Caventou.[9]
Pada awal abad ke dua puluh, sebelum antibiotik, pesakit yang mengidap syphilisdengan sengaja dijangkitkan dengan malaria bagi menghasilkan demam, hasil kerja Julius Wagner-Jauregg. Dengan mengawal demam secara teliti menggunakan kuini, kesan kedua syphilis dan malaria boleh dikurangkan. Sungguhpun sesetengah pesakit meninggal disebabkan malaria, ia dianggap lebih baik berbanding kematian pasti oleh syphilis.[10]
Sungguhpun tahap darah dan tahap nyamuk dalam kitaran hidup malaria telah diketahui pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, ia hanya pada tahun 1980-an parasit pendam dalam hati diketahui.[11][12] Jumpaan bentuk pendam parasit ini akhirnya menjelaskan kenapa mereka yang kelihatannya telah disembuhkan dari malaria tetapi kembali sakit sungguhpun bertahun selepas parasit telah lenyap dari salur darah mereka.

2. Penyebaran dan kesannya


Kawasan di mana malaria adalah meluas ('endemik) pada Abad-21 (warna biru).[13]
Malaria menyebabkan sekitar 400-900 juta kes demam dan sekitar satu hingga tiga juta kematian setiap tahun [14] — ini mewakili sekurang-kurangnya satu kematian setiap 30 saat. Sebahagian besar kes berlaku dikalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun;[15] wanita mengandung terutamanya lebih mudah dijangkiti. Sungguhpun usaha bagi mengurangkan penyebaran dan meningkatkan rawatan, hanya sedikit perubahan dari segi kawasan bagi risiko penyakit ini semenjak 1992.[16] Malah, sekiranya kes malaria meluas kekal pada kadar peningkatan sekarang, kadar kematian mampu berganda dalam tempoh dua puluh tahun akan datang.[14] Statistik tepat tidak diketahui disebabkan kebanyakan kes berlaku dikawasan terpencil di mana penduduk tidak mempunyai capaian ke hospital atau kaedah lain bagi penjagaan kesihatan. Akibatnya, kebanyakan kes tidak direkodkan.[14]
Sungguhpun jangkitan bersama dengan HIV dan malaria turut meningkatkan kematian, ini bukanlah masaalah berbanding jangkitan bersama HIV/batuk kering, disebabkan kedua penyakit biasanya menyerang julat usia yang berbeza, dengan malaria biasa dikalangan kanak-kanak dan batuk kering (tuberculosis ) aktif dikalangan mereka yang berusia.[17] Sungguhpun jangikatan bersama HIV/malaria menghasilkan simptom kurang teruk berbanding jangkitan bersama antara HIV dan TB, HIV dan malaria turut menyumbang kepada jangkitan sesama sendiri. Kesan ini timbul akibat peningkatan muatan virus malaria dan jangkitan HIV meningkat kecenderungan seseorang kepada jangkitan malaria.[18]
Malaria kini adalah endemik dalam jalur luas sekitar ekuator, sebahagianAmerika, sebahagian besar Asia, dan kebanyakan Afrika; bagaimanapun, ia adalah di Afrika sub-Sahara dimana 85- 90% kematian akibat malaria berlaku.[19] Taburan geografi malaria dalam kawasan luas adalah rumit, dan kawasan malarial dan bebas-malaria sering kali dijumpai berhampiran sesama sendiri.[20] Di kawasan kering, penyebaran malaria boleh dijangka dengan agak tepat melalui pemetaan taburan hujan.[21] Malaria adalah lebih biasa dikawasan luar bandar berbanding di bandar; ini jelas berbeza dengan demam denggi di mana kawasan bandar merupakan risiko lebih besar.[22] Sebagai contoh, bandarVietnamLaos dan Kemboja pada asasnya bebas malaria, tetapi penyakit ini hadir dikebanyakan daerah luar bandar.[23] Sebaliknya, di Afrika malaria hadir di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar, sungguhpun risiko adalah lebih rendah di bandar besar.[24] Paras endemik malaria sejagat tidak pernah dipetakan semenjak 1960-an, bagaimanapun, Wellcome Trust, UK, telah membiayai Projek Atlas Malaria[25] untuk membetulkan keadaan ini, memberikan cara lebih terkini dan tahan bagi menilai beban penyakit malaria masa kini dan masa hadapan..

2. 1. Kesan sosial-ekonomi

Malaria bukan hanya penyakit yang biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi ia juga merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi. Penyakit ini telah dikaitkan dengan kesan ekonomi negetif utama pada region di mana ia tersebar luas. Perbandingan purata per kapital GDP pada 1995, disesuaikan bagi memberi seimbang kepada kuasa membeli, antara negara malaria dan tidak malaria menunjukkan perbezaan lima kali ganda (US$1,526 berbanding US$8,268). Lebih lagi, di negara di mana malaria adalah biasa, purata per kapital GDP telah meningkat (antara 1965 dan 1990) hanya 0.4% setahun, berbanding 2.4% setahun di negara lain.[26]Bagaimanapun, kaitan tidak membayangkan punca, dan berleluasa sebahagiannya disebabkan rantau tersebut tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi menghalang malaria. Secara keseluruhannya, kesan ekonomi malaria telah dianggarkan menyebabkan Afrika kerugian US$12 bilion setiap tahun. Kesan ekonomi termasuk kos penjagaan kesihatan, hari kerja hilang disebabkan penyakit, hari hilang dalam pendidikan, pengurangan prodiktiviti akibat kerosakan otak akibat malaria serebral, dan kehilangan pelaburan dan pelancongan.[15] Di sesetengah negara dengan ancama malaria yang teruk, penyakit ini mungkin memakan sebanyak 40% perbelanjaan kesihatan awam, 30-50% dari kemasukan pesakit, dan sehingga 50% lawatan pesakit luar.[27]

3. Simptom

Simptom malaria termasuk demammenggeletararthralgia (sakit sendi), muntah,anemia disebabkan hemolysishemoglobinuria, dan kekejangan (convulsion). Terdapat juga kemungkinan perasaan mencucuk pada kulit terutama dengan malaria yang disebabkan oleh P. falciparum. Simptom klasik malaria adalah pengulangan berkala rasa sejuk diikuti dengan kekejangan dan demam dan berpeluh selama empat hingga enam jam, berlaku setiap dua hari bagi jangkitan P. vivax dan P. ovale, sementara setiap tiga hari bagi P. malariae.[28]P. falciparum boleh mengalami demam berulang setipa 36-48 jam atau demam rendah hampir berpanjangan. Bagi sebab yang kurang difahami, tetapi mungkin berkait dengan tekanan intrakranial tinggi, kanak-kanak dengan malaria sering kali menunjukkan kedudukan tidak normal, tanda menunjukkan kerosakan otak yang teruk.[29] Malaria juga didapati menyebabkan kecacatan kognitif, terutama bagi kanak-kanak. Ia menyebabkan kekurangan darah anemia secara meluas semasa tempoh perkembangan pantas otak dan turut menyebabkan kerosakkan otak secara langsung. Kerosakan neurologik terhasil akibat malaria serebral yang mana kanak-kanak lebih terdedah.[30]
Malaria teruk hampir sepenuhnya disebabkan oleh jangkitan P. falciparum dan biasanya timbul selepas 6-14 hari jangkitan.[31] Akibat malaria teruk termasukkoma dan kematian sekiranya tidak dirawat—kanak-kanak muda dan wanita mengandung lebih terdedah. Splenomegaly (limpa bengkak), sakit kepala teruk,ischemia serebral, hepatomegaly (hati bengkak), hypoglycemia, dan hemoglobinuria dengan kegagalan ginjal (renal failure) mungkin berlaku. Kegagalan ginjal mungkin menyebabkan demam blackwater, di mana hemoglobin dari sel darah merah lysed memasuki air kencing. Malaria teruk boleh berkembang dengan amat pantas dan menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa jam atau hari.[31] Dalam kes teruk kematian akibat penyakit mampu melebihi 20%, walaupun dengan rawatan dan jagaan rapi.[32] Di kawasan endemik, rawatan sering kali kurang memuaskan dan kematian keseluruhan bagi kesemua kes malaria mampu mencecah setinggi satu setiap sepuluh.[33] Jalam jangka panjang, kecacatan perkembangan telah direkod bagi kanak-kanak yang melalui jangkitan malaria teruk.[34]
Malaria kronik disebabkan oleh kedua parasit P. vivax dan P. ovale, tetapi tidak bagi parasit P. falciparum. Sebaliknya, penyakit akibat P. falciparummampu berulang selepas berbulan atau bertahun selepas pendedahan, akibat kehadiran parasit pendam dalam hati. Menggambarkan kes malaria sebagai sembuh dengan memerhati kepupusan parasit dari saluran darah dengan itu mampu mengelirukan. Tempoh pengeraman paling lama dilaporkan bagi jangkitanP. vivax adalah 30 tahun.[31] Sekitar satu dari lima kes malaria P. vivax di kawasan serdahana membabitkan lebih musim sejuk (overwintering) oleh hipnozoites (contoh., ulangan bermula setahun selepas gigitan nyamuk

No comments:

Post a Comment